Belum cukup seminggu Ramadhan rejim haram Zionists telah pun menggila seperti makhluk laknat syaitan apabila dengan sengaja menembak kejam seorang pemuda Palestin dengan 40 das tembakan sekali gus menjadikannya mangsa pertama bulan puasa ini.

Berdasarkan laporan sebuah NGO, Ameer Abu Khadija, 25 tahun dibunuh di rumahnya sendiri ketika sedang berpuasa membuatkan timbul rasa marah di kalangan umat Islam.

“Lebih menyayat hati, mangsa ditembak lebih daripada 40 das di kepala dan kaki oleh tentera pengganas Zionis,” kata NGO itu.

Media antarabangsa juga melaporkan, semasa ketibaan jenazah di hospital, orang ramai mula turun ke jalan untuk membantah pembunuhan pemuda berkenaan.

Briged Tulkarem iaitu salah satu daripada beberapa kumpulan pejuang Palestin berkata bahawa Ameer adalah salah seorang pengasasnya dan mereka menyifatkan insiden kejam itu sebagai satu ‘pembunuhan’.

Mengulas lanjut, seorang aktivis daripada pergerakan Fatah Palestin pula mengatakan, tentera rejim haram aparteid Israel menyerbu Shufa, kawasan di Tulkarem, dan menutup laluan masuk utamanya daripada kenderaan dan penduduk, sebelum mengepung rumah tempat Ameer bersembunyi.

Mereka turut menangkap pemilik flat tempat Ameer dibunuh, tambah media.

Rekod mencatatkan, Ameer Abu Khadija sebagai mangsa ke-90 dibunuh puak rejim haram Israel pada tahun ini.

Tamat