Satu kenyataan daripada media tempatan akhbar Harian Metro mengesahkan Penceramah bebas, Dr Zakir Naik akan pulang ke negara ini dalam masa terdekat selepas selesai menghadiri beberapa program di Oman.

Perkara berkenaan disahkan oleh peguam mewakilinya, Datuk Akberdin Abdul Kader yang memaklumkan Zakir Naik masih mempunyai program di negara itu.

“Dia (Zakir Naik) pasti akan pulang dalam masa terdekat selepas selesai semua program di sana,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, Akberdin memaklumkan Zakir Naik berada dalam keadaan selamat dan diberi layanan yang baik di Muscat, Oman.

Menurutnya, penceramah terbabit turut mengirimkan pesanan memaklumkan beliau selamat dan berada di hotel.

“Zakir juga memaklumkan, laporan mendakwa penahanannya sekadar berita rekaan,” katanya.

Beliau berkata, Zakir akan pulang semula ke Malaysia namun tidak dapat memperincikan perkara itu demi keselamatannya.

Tamat