“Oleh itu, tidak dapat dibayangkan malah bersamaan dengan kecuaian untuk mendakwa jabatan kerajaan tidak menyediakan jawapan,” itu kata Setiausaha Agung Pemuda MCA, Daniel Wa Wai Hou berhubung isu Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying gagal menyediakan jawapan di Parlimen
Menurutnya pemotongan gaji itu akan menjadi hukuman simbolik kepada ahli parlimen DAP berkenaan, yang dituduhnya sebagai tidak profesional.
Wa mendakwa pada masa lalu, DAP pernah mengusulkan potongan gaji daripada menteri kabinet.
“Dengan cara yang sama, pemotongan gaji RM10 simbolik ini harus dikenakan ke atas Hui Ying,” katanya semalam.
Katanya, isu dan soalan berkaitan telah disediakan dan diedarkan kepada kementerian dan jabatan kerajaan yang berkaitan terlebih dahulu untuk mendapatkan jawapan, yang disediakan oleh pegawai daripada kementerian dan jabatan kerajaan berkaitan.
“Ini juga menunjukkan bahawa timbalan menteri (Lim) tidak biasa dengan operasi dan hal ehwal pelbagai jabatan kerajaan.
“Rakyat akan merasa tidak munasabah untuk menerima kesilapan ini. Jika menteri dan timbalan menteri tidak mengambil serius tugas asasi mereka, bagaimana rakyat boleh yakin dengan kerajaan ini untuk menguruskan negara kita dengan baik,” tegasnya.
Terdahulu, Timbalan Speaker, Datuk Ramli Mohd Nor menegur Hui Ying atas kegagalannya menyediakan jawapan kepada Datuk Ahmad Marzuk Shaary (Perikatan Nasional-Pengkalan Chepa) yang meminta penjelasan menteri pendidikan mengenai Program Makanan Tambahan di sekolah.
Marzuk ingin tahu berapa banyak yang diperuntukkan kerajaan untuk program itu, dan mekanisme yang digunakan untuk memantau kualiti makanan yang dihidangkan di bawah program itu.
Tamat