“Jadi, saya minta timbalan menteri (Lim Hui Ying) yang tidak kompeten ini letak jawatan. Keadaan seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana soalan sememangnya telah disediakan awal tetapi saya tidak tahu sekiranya timbalan menteri tidak masuk ke pejabat,” itu kenyataan pedas daripada MP Pengkalan Chepa, Ahmad Marzuk Shaary.
Itu antara kenyataan Ahmad Marzuk yang kecewa dengan prestasi Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying selepas gagal menjawab soalan yang dikemukakan dalam sidang Parlimen.
Ianya sekali gus menunjukkan seakan menteri yang dilantik langsung tidak membuat sebarang ‘homework’ sebelum ke sidang Parlimen.
“Ini satu pembaziran kepada wang kerajaan, menggaji seorang timbalan menteri tapi tidak melaksanakan tugas dia, benda mudah jawab soalan.
“Saya usulkan supaya timbalan menteri berkenaan dan menterinya supaya berundur dan letak jawatan, ini perkara yang tidak patut berlaku.
“Kami (pembangkang) pernah menjadi menteri dan timbalan menteri sebelum ini. Kita tahu jawapan telah disediakan lama,” katanya ketika sidang akhbar di Parlimen di sini pada semalam.
Terdahulu, Timbalan Yang Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor menegur Hui Ying selepas memaklumkan dirinya tidak menyediakan jawapan terhadap soalan yang dibangkitkan Ahmad Marzuk.
Jelas Ramli, situasi sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana menteri atau timbalan menteri perlu bersedia dengan jawapan yang akan dibangkitkan.
Marzuk semalam hanya bertanyakan Kementerian Pendidikan untuk memperincikan peruntukan program rancangan khas Rancangan Makanan Tambahab (RMT) dan mekanisme pemantauan makanan RMT bagi memastikan murid mendapatkan makanan yang berkhasiat.
Tamat