Selama ini para ibu bapa gembira apabila mendapat pelepasan pelepasan cukai untuk caruman Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) untuk masa depan anak mereka.
Namun entah apa yang menghantui kerajaan baru ini apabila membatalkan pelepasan cukai bagi SSPN nyata mengecewakan ibu-bapa lantas menunjukkan kerajaan tidak memperdulikan pendidikan generasi akan datang.
Sejurus itu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) mengambil pendekatan mendesak kerajaan mempertimbangkan semula keputusan membatalkan pelepasan cukai individu hingga RM8,000 untuk pencarum SSPN.
Menurutnya dia kecewa dengan tindakan kerajaan seolah-olah merampas peluang keluarga golongan pertengahan untuk melabur kepada anak-anak mereka bagi melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi.
“Ini bukan perkara kecil kerana implikasi kewangan kepada kewangan semua keluarga kelas pertengahan adalah begitu besar.
“RM8,000 setahun bukan jumlah yang kecil. Kita lihat keluarga kelas pertengahan ini ingin melaburkan wang mereka untuk tujuan tabung pendidikan anak-anak mereka tetapi jika tidak ada lagi pengecualian cukai insentif untuk mereka untuk memulakan (simpanan) tabung ini akan menurun,” katanya ketika sidang media di Parlimen semalam.
Kelmarin, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Mohd Nizom Sairi mengesahkan perkara itu.
Menurutnya, ia selaras dengan keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan insentif pelepasan cukai tersebut atas faktor tertentu.
Tamat