“Saya berpendapat kalau satu kerajaan itu tidak mentadbir dengan baik, ahli partinya sepatutnya jatuhkan kerajaan itu dan pilih yang lain,” itu kata tamat yang keluar dari mulut bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam di Dewan Serbaguna, Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8, Putrajaya
Menurutnya Ahli Parlimen berhak tarik sokongan jika tak puas hati dengan pentadbiran kerajaan – Tun M. Ahli Parlimen berhak menarik sokongan sekiranya tidak berpuas hati dengan pentadbiran kerajaan sedia ada.
“Pada masa itu, Umno tidak puas hati. Umno tarik sokongan dan Muhyiddin jatuh dan digantikan dengan orang Umno.
“Jadi, hak bagi wakil rakyat memang ada untuk menukar kerajaan dan ini tidak melanggar undang-undang,” katanya.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, tindakan tersebut tidak menyalahi undang-undang.
Pada masa itu, UMNO tidak puas hati, UMNO tarik sokongan dan Muhyiddin jatuh dan digantikan dengan orang UMNO,” katanya menerusi sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini pada Selasa.
Pada sidang media yang sama, Mahathir berkata, kerajaan pimpinan Anwar dilihat hanya banyak bercakap dan menabur janji tetapi tidak melaksanakan apa yang dikatakan.
Sebagai contoh, katanya, keadaan ekonomi dan kos sara hidup rakyat juga masih teruk.
“Keadaan politik pun tak stabil. Setiap hari sebut benda yang dia nak buat tapi tak nampak apa pun,” katanya.
Tamat