“Saya tak jangka kerajaan Madani ini ingin mengubah dasar… di bawah dasar rasminya bukan lagi bahasa Malaysia?,” itu persoalan yang ditanya oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam Dewan Rakyat.

Terdahulu, selepas tamat sesi waktu pertanyaan lisan, Takiyuddin yang merupakan ketua whip PN bangun dan membangkitkan isu penggunaan perkataan bahasa Inggeris dalam dua rang undang-undang yang akan dibentangkan hari ini.

Isu yang menjadi persoalan ialah penggunaan perkataan stalking yang didakwa pembangkang boleh saja merujuk kepada amalan mengendap atau ‘skodeng’.

“Saya tak bayangkan begitu kerana PMX kita (Anwar) adalah pejuang bahasa Malaysia yang tersohor dalam seantero dunia ni,” katanya.

Kenyataan tersebut mengundang suasana panas apabila blok pembangkang dan kerajaan saling berdiri untuk mencelah.

Keadaan menjadi lebih menarik apabila Ramli memberi ruang kepada Ramkarpal membuat penjelasan.

Sementara itu, Che Zulkifly dalam sidang medianya hari ini berkata meskipun ia kemungkinan terdapat masalah teknikal, kerajaan perlu peka bahawa tidak semua rakyat Malaysia memahami bahasa Inggeris.

“Kerajaan yang sedia ada, saya tak tahu apa agendanya… kenapa tidak boleh ditarik balik, dibentangkan semula dan dibahaskan.

“Kalau rakyat baca dalam bahasa Inggeris dan tidak faham, mereka tak tahu hak-hak mereka di sudut undang-undang,” katanya yang merujuk kepada perkara yang melibatkan RUU baru.

Tamat

Advertisement