“Keputusan terbaru Kabinet Perdana Menteri Ke-10 adalah melarang Menteri Besar Kedah daripada apa jua program kerajaan persekutuan termasuk LIMA di Langkawi. Apa boleh buat? Kalau panas, jangan koyak,” itu kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di media sosial rasminya.

Beliau mendakwa sedemikian selepas dihalang daripada menghadiri sebarang majlis dan program anjuran Kerajaan Persekutuan.

Sanusi berkata larangan itu termasuklah daripada menghadir Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA) yang dijadual berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini.

Namun begitu melihat kepada keadaan kini ratusan ribu rakyat terutamanya anak muda berdiri di belakang Menteri Besar Kedah itu selepas kenyataan itu dibuat.

Hampir semua yang melihat cacatan Sasusi itu memberikan komen untuk terus bersama beliau dalam meneruskan agenda membangunkan negeri Kedah.

Tamat

Advertisement