“Kelulusan Dewan A, MAEPS, Serdang di bawah Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) pula ditarik balik,” itu kenyataan daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Pastinya kenyataan itu mengecewakan seluruh anak-anak Kedah yang berada di perantauan yang memaklumkan

ALOR SETAR – Selepas mendakwa dihalang daripada menghadiri majlis-majlis kerajaan Persekutuan, Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tampil sekali lagi memaklumkan bahawa majlis melibatkannya turut ‘diganggu’.

Kali ini katanya, kelulusan Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di Serdang, Selangor yang sepatutnya dijadikan tapak lokasi Majlis Berbuka Puasa Anak-Anak Kedah Di Perantauan Bersama Menteri Besar pada 9 April depan, ditarik balik.

Keadaan itu seperti ada tangan ghaib merancang untuk mengepung tindak tanduk Sasusi sebagai ‘budak buas’ sehingga mampu menggegarkan kerajaan kini.

Muhammad Sanusi berkata, majlis itu bagaimanapun akan diteruskan seperti dirancang. Pada masa sama beliau turut menjemput pihak kerajaan pusat untuk turut serta dalam majlis berbuka puasa tersebut.

“Kami nak buat majlis berbuka puasa saja pun malah dewan tersebut kerajaan negeri Kedah akan bayar sewa. ‘Awat’ sampai jadi ‘lagu’ (macam) tu? Kedah kan menghasilkan 43 peratus beras untuk negara?” katanya dalam satu hantaran di Facebook awal pagi ini.

Semalam, Muhammad Sanusi mendakwa dihalang daripada menghadiri sebarang majlis kerajaan Persekutuan termasuk Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23) pada Mei tahun ini.

“Tak mengapa, tak gaduh kalut-kalut, kelam-kabut. Program akan diteruskan seperti dirancang. Lokasi terkini akan dimaklumkan segera, di Kuala Lumpur jugalah. ‘Hangpa’ mai bagi ramai,” katanya.

Advertisement