Ketua Menteri Melaka, yang juga merupakan Adun Tanjung Bidara Ab Rauf Yusoh telahpun mengangkat sumpah jawatan berkenaan.

Majlis angkat sumpah berkenaan telahpun diadakan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Mohd Ali Rustam di pejabatnya.

Beliau menggantikan Sulaiman Md Ali, yang meletak jawatan semalam selepas berkhidmat buat kali kedua sebagai ketua menteri dari November 2021.

Rauf sebelum ini adalah exco pelaburan, perindustrian, pembangunan koperasi dan usahawan negeri.

Beliau juga speaker DUN Melaka dari Mei 2020 hingga November 2021, ketika Sulaiman mula berkhidmat sebagai ketua menteri.

Rauf berulang kali dikaitkan dengan jawatan ketua menteri sejak Barisan Nasional (BN) memenangi PRN Melaka pada November 2021.

Tamat

Advertisement