Ianya dilihat berat sebelah apabila kerajaan melalui Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa mahu mengambil pekerja kesihatan kontrak secara tetap, tetapi tanpa skim pencen menyebabkan rakyat memulai mengungkit pencen yang diterima Menteri mahupun Ahli Parlimen.
Berdasarkan satu hantaran di laman sosial Facebook Kementerian Kesihatan (KKM) sebentar tadi, orang ramai seakan tidak bersetuju dengan usul yang dibawa oleh kementerian kerana ianya seakan berat sebelah terutamanya kakitangan kesihatan yang berkorban sepenuh masa kepada negara.
Menerusi hantaran tersebut yang berkongsi kenyataan Menteri Kesihatan di Dewan Negara hari ini, menjelaskan pihak kerajaan ketika ini sedang menanggung beban skim pencen yang mencecah RM29.1 bilion pada 2021.
“Kita sedar beban skim berpencen ditanggung negara ketika ini yang mencecah RM29.1 bilion pada 2021, merupakan beban yang sangat tinggi dan mungkin akan terus meningkat.
“Salah satu cara bagi menangani bebanan tugas yang melebihi kapasiti sumber sedia ada serta untuk mengurangkan beban skim berpencen ditanggung negara ketika ini adalah dengan mengusulkan untuk mengambil pekerja kontrak secara tetap tetapi tanpa pencen.
” Namun begitu mereka ini boleh mendapat manfaat yang sama seperti pekerja tetap yang lain,” tegas Zaliha.
Cadangan daripada Menteri Kesihatan itu terus ditolak orang ramai di media sosial selepas rakyat sendiri menyaksikan penat jerih anggota kesihatan bertugas sewaktu musim COVID 19.
MJ Yuhanis – “Kalau para menteri macam mana. Alangkah baiknya kalau menteri pun potong juga pencen. Dapat perintah berapa penggal je dah dapat pencen berbanding penjawat awam lain yang kerja berpuluh tahun.
“Sebab para menteri la yang paling banyak dapat elaun-elaun dan pencen ni. Dekat situ dah berapa banyak boleh jimat,” tulis Aeman Rahimi.
“Mansuhkan semua skim pencen termasuk pencen menteri-menteri, MP entah siapa-siapa berkait politik, kasi mansuh semua. Jangan hanya kaji dan lapar pencen, untuk orang lain semua nak dimansuhkan,” .
Tamat