‘Empat anak aku ada dalam rumah terbakar tu,” hanya itu kata-kata yang mampu diluahkan oleh seorang ibu Nabila Sedu, 31, semasa berlari untuk menyelamatkan empat anaknya yang mati terbakar dalam sebuah rumah di Kampung Sabar Awor, Jalan Ismail di sini kelmarin.
Babak sedih yang berlaku jam 7. 30 itu pastinya meruntun jiwa sesiapa sahaja yang melihatnya apabila ibunya keluar sebentar untuk membeli juadah berbuka seorang diri.
Kanak-kanak yang meninggal dunia itu ialah Fatihah Aisyah, 3, Mustakim, 4, Mohd. Hakim, 6, dan Puteri Aisyah, 8.
Sehingga berita ini ditulis, Nabila masih tidak dapat menahan sedih dan sentiasa memegang sehelai pakaian milik anaknya untuk dicium dan berada dalam keadaan sugul.
Nabila memberitahu dia terkilan kerana tak dapat menunaikan hasrat anak-anaknya yang mahu memakai baju warna hitam sedondon untuk Aidilfitri ini.
“Anak-anak berhasrat untuk memakai baju sedondon berwarna hitam pada 1 Syawal nanti. Saya terkilan kerana tak dapat memenuhi hasrat itu,” katanya sebelum tergesa-gesa meninggalkan bilik forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah bersama suaminya.
Tamat