“Saya akan pastikan semua agensi Kerajaan Negeri memberikan 100% komitmen Negeri Kedah bagi memastikan semua acara di LIMA 23 pada 23-27 Mei akan datang berjalan lancar dan sempurna,” itu janji daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.
Melihat kepada kenyataan beliau, itu merupakan cara ‘anak jantan’ bercakap meletakkan janji serta komitmen yang tinggi walaupun seakan dianaktirikan oleh kerajaan persekutuan dan diganti oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Norizan Khazali.
Segala komitmen itu termasuklah bekalan air daripada SADA bagi memastikan Langkawi tidak terganggu dalam tempoh itu tidak terganggu walaupun akan menghadapi peningkatan penggunaan mendadak.
“Semua infrastruktur bekalan air terutama Loji Rawatan Air di Sg Baru, jajaran paip dasar laut ke Langkawi dan Empangan Saga dan Bukit Malut di Langkawi disenggara sebaiknya untuk memastikan bekalan dapat dibekalkan dengan sempurna.
“Demikian juga agensi-agensi kerajaan negeri yang lain khususnya di Langkawi telah bersedia sepenuhnya sebagai tuan rumah LIMA23.
“Kepada semua syarikat, agensi, pegawai kementerian, delegasi dari dalam dan luar negara yang terlibat serta para pengunjung…Selamat Datang Ke Pulau Langkawi Permata Kedah,” jelas beliau melalui sebuah posting di media sosial Facebook milliknya.
Sanusi bersikap matang dan lebih professional dalam mengendalikan hubungan dua hala walaupun tidak mendapat sebarang sokongan daripada kerajaan persekutuan.
Selain itu beliau turut berkongsi maksud hadis diriwayatkan al-Bukhari (6136), “Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka jangan sakiti jirannya. Dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka muliakanlah tetamunya. Juga sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka berkatalah dengan perkataan yang baik atau hendaklah dia diam.
Kelmarin, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah itu mendakwa, beliau dilarang menyertai sebarang majlis anjuran kerajaan Persekutuan, termasuk menghadiri LIMA’23.
Semalam juga menerusi Facebook beliau, Muhammad Sanusi sekali lagi mendakwa terdapat arahan bertulis yang melarang beliau menghadiri acara rasmi kerajaan Persekutuan.
Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan oleh pegawai pejabat Menteri Besar Kedah yang melihat sendiri surat berkenaan yang dikeluarkan oleh Kabinet Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tamat