“Dari segi pelan kecemasan, kita buat juga pemantauan dan pengarah kesihatan negeri serta hospital dalam mod berjaga-jaga,” itu kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa selepas kecoh bakal berlakunya Mogok Doktor Malaysia yang dijangka berlaku hari ini.

Menurutnya seluruh hospital di seluruh negara diarah berada dalam keadaan berjaga-jaga bermula esok, sebagai persediaan sekiranya kumpulan doktor kontrak meneruskan rancangan mengadakan mogok selama tiga hari.

“KKM ada mengeluarkan peringatan kepada doktor dan mengingatkan mereka mengenai kepentingan perkhidmatan kesihatan.

Walaupun para doktor tetap tertakluk kepada integriti penjawat awam dan etika perkhidmatan awam, ” katanya tegas.

Melalui siaran di media sosial mogok selama tiga hari di seluruh negara bermula esok, susulan dikatakan kecewa dan tertekan dengan sistem penjagaan kesihatan negara.

Kumpulan itu juga memberi amaran kira-kira 3,000 doktor kontrak akan meletak jawatan daripada KKM secara berperingkat.

Tamat

Advertisement