Hanya itu yang keluar daripada mulut seorang doktor yang mempunyai kerjaya mulia yang sentiasa merawat dan menyelamatkan nyawa, namun selepas menghadapi tekanan serta beban kerja berlebihan semangat mereka luluh dan rebah.

Berdasarkan suara mereka, mereka mendakwa seramai 10,000 hingga 12,000 petugas kesihatan akan menyertai mogok berkenaan serta tidak akan berganjak daripada keputusan nekad itu.

Para petugas kesihatan ini tidak lagi akan keluar ke jalan raya membuat demontrasi murahan tetapi mereka tidak akan hadir bertugas selama tiga hari, dengan mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan.

“Kami berharap orang awam tidak pergi ke hospital kerajaan dan sebab itu, kami sudah mengeluarkan notis awal kepada semua.

“Jika ada apa-apa kematian disebabkan rawatan yang lewat, kami tidak akan mengambil sebarang tanggungjawab kerana kami tidak bekerja pada tiga hari berkenaan.

“Pesakit mengambil risiko sendiri jika pergi ke hospital awam atau klinik kesihatan. Kami sudah memberi notis awal tapi kami berharap tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya.

Tamat

Advertisement