5-0 cukup membuktikan siapa gergasi Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT) selepas membaham lunyai Perak dalam saingan Liga Super semalam di Stadium Perak, Ipoh.

Menjelang minit kelima sudah meraikan sebuah gol pertama pertama melalui kesilapan Zaim Zafri dari Perak menjaringkan gol sendiri.

JDT berjaya menambah dua lagi jaringan sebelum waktu rehat masing-masing menerusi Leandro Valzquez yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-25 dan Diogo Luis Santos minit ke-45.

Separuh masa kedua menyaksikan JDT melengkapkan jaringan apabila penyerang dari Brazil, Bergson da Silva meledak gol keempat pasukan itu pada minit ke-66 sebelum Velazquez merakam gol kedua peribadi dalam perlawanan berkenaan menerusi jaringan pada lewat permainan.

Tamat