Janji tercapati pula, pastinya jutaan rakyat kecewa selepas menaruh harapan kepada kerajaan baru ini untuk tidak membuat sebarang lantikan ahli politik bagi menerajui GLC.

Namun perkara berkenaan tetap berlaku dalam kerajaan perpaduan yang diterajui oleh Anwar Ibrahim apabila bekas Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim kelmat diumumkan sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

Perkara berkenaan diumumkan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali gus menyanggah polisi kerajaan perpaduan.

Menurut beliau, pelantikan Abdul Azeez ke jawatan berkenaan adalah bagi mengisi kekosongan yang sebelum ini disandang oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Pelantikan Abdul Azeez bagi menggantikan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memegang jawatan itu sebelum ini.

“Dahulu KEDA di bawah Jamil Khir dan kerajaan memutuskan jawatan ini diberikan kepada Abdul Azeez.

“Pelantikan ini diharap dapat mengeratkan jalinan agensi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan kerajaan negeri,” katanya ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan KKDW di sini kelmarin.

Tamat

Advertisement