“Pengeluaran kecemasan KWSP lebih baik dari pinjaman bercagar” itu tegas Johari Abdul Ghani.
Bekas Menteri Kewangan 2 itu jelas menyatakan langkah pinjaman bercagar KWSP yang dikemukakan oleh Anwar Ibrahim itu akan membebankan pencarum kerana mereka perlu membayar kadar faedah kepada bank.
Menurutnya permohonan pinjaman kecemasan juga akan mengambil masa sebelum pencarum mendapat kelulusan daripada bank.
“Awak hendak pinjam RM100,000 mungkin bank hanya boleh beri pinjam RM70,000 sahaja. Tapi awak kena bayar juga faedah serta ia juga mengambil masa untuk diproses oleh bank.
“Katakan umur ketika mahu membuat pinjaman adalah 50 tahun dan awak akan bersara ketika umur 60 tahun. Dalam tempoh 10 tahun pinjaman itu kita kena bayar faedah. Kalau awak pinjam RM70,000 bayar faedah katakanlah lima peratus setahun iaitu RM3,500.
“Untuk 10 tahun faedah sahaja RM35,000. Maknanya, awak ambil pinjaman RM70,000 dan faedah selama 10 tahun sebanyak RM35,000.
“Jumlah bersih yang awak terima daripada pinjaman adalah RM35,000. Kalau itu sahaja jumlahnya adalah lebih baik gunakan sahaja duit KWSP secara terus RM35,000. Tak payah nak bayar faedah,” jelasnya menerusi rancangan khas di television.
Tamat