“Sekiranya kerajaan negeri di bawah kita, kerajaan boleh memberi peruntukan melalui pelbagai tatacara kewangan dan kelolaan yang lain,” itu kata Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi.
Itu satu ugutan daripada seorang presiden parti kepada rakyat Kelantan Zahid sekiranya tidak memilih kerajaan yang sehaluan untuk PRN kali ini peruntukan terhad jika kerajaan negeri bukan di bawah Putrajaya.
“Kita akan bantu Kelantan jika parti yang memerintah sama dengan pusat pentadbiran kerajaan di Putrajaya,”
“Beri kepercayaan kepada BN untuk sesuatu yang baharu di Kelantan. Jika tiada perubahan selepas sepenggal, kita serahkan semula kepada rakyat Kelantan untuk membuat keputusan,” katanya pada sidang akhbar di Majlis Santunan Kasih Ramadan di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu semalam.
Zahid berkata sehubungan itu, kerajaan khususnya parti di bawah Barisan Nasional (BN) akan menawarkan perubahan untuk kepentingan rakyat di Kelantan sekiranya diberikan mandat pada PRN.
Tamat