Sedang sibuk dengan 10 malam terakhir Ramadan, namun ada yang terpaksa melalui detik-detik dukacita akibat mercun bola selepas gagal berperang dengan nafsu mercun menyebabkan jari kiri serta tangan seorang pemuda berusia 27 tahun itu hancur di Kampung Gong Pak Damat Kuala Nerus, semalam.
Menurut Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata, mangsa berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan yang serius iaitu putus pergelangan tangan kiri manakala beberapa jari kanannya juga hancur serta kecederaan lain di bahagian badan.
Berdasarkan siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 pagi ketika mangsa membancuh mercun buatan sendiri dengan menggunakan mercun bola dan paip polivinil klorida (PVC).
“Ia menyebabkan berlaku letupan yang besar, dan kesan letupan itu, mangsa mengalami kecederaan parah putus pergelangan tangan kanan, beberapa jari kiri hancur serta kecederaan lain di bahagian badan,” katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata, susulan kejadian itu, mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.
Menurutnya, kes berkenaan adalah kali kedua selepas kali pertama membabitkan mangsa empat kanak-kanak berusia lapan hingga 13 tahun juga berlaku di daerah ini, Selasa lalu.
“Laporan kejadian itu dibuat abang mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Tamat