“Serangan terhadap tempat suci dan jemaahnya saban hari ketika Ramadan adalah tidak boleh diterima, yang akan memarakkan lagi api pergolakan,” itu tegas jurucakap Presiden Mahmoud Abbas, Nabil Abu Rudeineh.

Menurut beliau tentera regim zionis semakin sengaja mencabar umat Islam serta penduduk Gaza untuk membuat serangan balas.

Terbaru tentera regim membuat provokasi terhadap Masjid Al-Aqsa dengan membuat keganasan adalah perkara yang ‘tidak boleh diterima’, malah akan mencetuskan ‘peperangan’,.

“Israel cuba mencabar keazaman rakyat kita, namun ini tidak akan mematahkan semangat mereka.

“Rakyat kita akan tetap teguh mempertahankan tanah dan kesuciannya, walau apapun yang terjadi,” katanya.

Pada masa sama Jurucakap Presiden Palestin berkenaan sekali gus meminta Kerajaan Israel bertanggungjawab atas sebarang potensi peningkatan konflik akibat serangan berterusan ke atas tapak suci di Baitulmaqdis itu, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Tamat