Lim Guan Eng hari ini bukanlah Guan Eng yang pernah kita kenal dahulu, pertama kali dalam sejarah selepas bersama UMNO, Lim Guan Eng turut bersama dalam majlis berbuka puasa anjuran Umno di Pulau Pinang.
Jika sebelum ini sosok tubuh Lim Guan Eng pastinya seteru kepada UMNO hari ini mereka bercium mulut mesra bulan Ramadhan.
Lim dan isterinya Betty ikut serta Umno Bahagian Balik Pulau menyampaikan bubur di bazar Ramadan bersebelahan balai polis Sungai Pinang.
Kemudian, bekas ketua menteri itu berkonvoi bersama mereka untuk berbuka puasa di sebuah kedai makan tempatan.
“Masakan berbuka kami sangat sedap dalam Warong Opah yang menggunakan nama ibu pemilik.
“Gulai ikan, ayam goreng berempah, makan pula dengan ulam dan sambal belacan.
“Terima kasih kepada Datuk Shah Headan Ayoob Shah selaku Ketua Bahagian dan seluruh keluarga Umno Balik Pulau yang menerima kunjungan kami dengan layanan yang sangat istimewa,” kata Lim.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer kuat menentang sebarang keputusan melibatkan orang Melayu.
Gambar yang dikongsi oleh Lim juga menunjukkan orang yang kelihatan seperti ahli Wanita Umno berswafoto dengannya.
DAP dan Umno pernah menjadi seteru politik, dengan Lim dan bapanya Lim Kit Siang sering digambarkan sebagai ‘musuh’ orang Melayu.
Tamat