Tular baru-baru satu rakaman seorang lelaki berbangsa Cina biadap menyerang sebuah surau serta menghalang jemaah yang sedang mengerjakan solat tarawih di sebuah surau di Sungai Chua.

Tindakan lelaki itu turut dirakam menerusi beberapa rakaman video yang tular di media sosial sejak semalam.Difahamkan kejadian itu dipercayai berpunca daripada seorang lelaki yang mendakwa bunyi pembesar suara di surau berkenaan terlalu kuat sehingga mengganggu ketenteramannya.

Dalam rakaman video kedua yang berdurasi 44 saat pula memaparkan pintu surau berkenaan yang dikatakan pecah serta rosak angkara lelaki terbabit.

Beberapa jemaah kemudian mengejar lelaki berkenaan yang kemudian berjaya meloloskan diri.

Menerusi komen netizen mengatakan lelaki Cina berkenaan tidak mempunyai budaya toleransi kaum yang diamalkan di Malaysia.

Semua netizen mengkritik keras lelaki Cina berkenaan yang mula menunjukkan belang terutamanya pada waktu Solat Terawih.