Selepas 2 juta warga negara China hilang selepas memasuki Malaysia kini negara bakal menerima kemasukan 450,000 pelawat China selepas menandatangani perjanjian dengan dua agensi pelancongan dari negara tembok besar itu.
Terbaru menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, kini wujud kerjasama baru bagi memberi kelonggaran kepada warga negara China untuk memasuki negara ini.
“Kami berjaya menandatangani perjanjian dengan dua agensi pelancongan di China iaitu satu agensi akan membawa masuk 350,000 dan bakinya 100,000 pelawat.
“Mereka minta kita tangani dua perkara iaitu prosedur permohonan visa yang lebih mudah dan kedua adalah untuk lebih banyak kapasiti penumpang dalam penerbangan antara kedua-dua negara,” katanya.
Menurut Tiong, satu rundingan dengan pihak berkuasa termasuk Jabatan Imigresen (JIM) bakal diadakan bagi menangani perkara berkenaan.
Tiong memberitahu, hasrat itu juga bagi memastikan kementeriannya mampu mencapai sasaran 5 juta ketibaan pelancong dari China pada tahun ini.
Pada masa sama, rakyat turut berasa bimbang dengan kebanjiran warga China kerana sebahagiannya datang dan menghilang dalam gelap.
Tidak cukup dengan itu warga China yang datang turut berisiko membawa perbagai jangkitan virus sepertimana pernah berlaku dulu COVID 19.
Tamat