“Saya simpati kerana dia terperangkap antara dua ekstrem,” itu kata Khairy Jamaluddin bekas Ahli Parlimen Rembau terhadap Fahmi Fadzil dalam episod terbaru podcast “Keluar Sekejap”.

Menurutnya beliau bersimpati terhadap Fahmi Fadzil dari Pakatan Harapan (PH) selepas prestasinya sebagai menteri komunikasi dan digital dikritik.

“Saya simpati kerana dia terperangkap antara dua ekstrem,”

Menurut KJ, Fahmi berada dalam situasi di mana dia perlu mengimbangi jangkaan penyokong PH terhadap kebebasan akhbar dan tugas rasminya dalam menjaga kepentingan Putrajaya.

KJ berkata ini kerana penyokong PH mahukan kebebasan akhbar dan kebebasan bersuara yang lebih besar, terdapat juga ramai dalam kalangan mereka tidak begitu liberal.

“Prestasi beliau sebagai menteri komunikasi dan digital serta jurucakap kerajaan kini dipersoalkan, dalam keadaan agak teruk,”

Tamat

Advertisement