Sehingga kini parti Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda)  masih lagi tidak dipanggil oleh PH dalam soal agihan kerusi pilihan raya, dan itu mendatangkan kerisauan kepada Presidennya.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata PH perlu menjelaskan itu berkenaan sebelum membicarakan soal agihan kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Isu asasnya adalah penyertaan Muda dalam PH yang telah kita hantar sejak suku keempat tahun lepas, lama sebelum PRU15.

“Isu itu perlu diselesaikan dahulu kerana Muda telah memaklumkan niat kita dan apabila isu diselesaikan lebih mudah rundingan dengan PH kerana kita sudah berada dalam gabungan itu.

“Jadi, mengenai perancangan PRN Selangor, Muda memang telah adakan perbincangan dalam parti dan bila tiba masanya kita akan maklumkan mengenai pendirian kita.

“Tapi kita nak berikan ruang kepada kepimpinan PH dan Majlis Presiden untuk respon supaya kita dapat buat keputusan yang baik secara bersama untuk menjaga keharmonian kerajaan perpaduan,” katanya.

Menurut Syed Saddiq berkata Muda sudah menghantar empat surat kepada PH dan belum mendapat sebarang respon.

“Muda belum dipanggil lagi untuk sertai (PH) dan kita telah hantar empat surat kepada pemimpin PH dan kita tunggu respon,” katanya.

Advertisement