“Orang ramai digalakkan untuk menjimatkan penggunaan air dalam kegunaan harian semasa cuaca kering,” kata Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) dalam satu kenyataan semalam.
Menurut Kementerian berkenaan industri dan pengguna komersial juga digalakkan untuk melaksanakan langkah menjimatkan air seperti menggunakan air alternatif untuk operasi bukan-potabel. Ini akan membantu mengurangkan permintaan air dan membantu kita mempunyai cukup air semasa cuaca kering.
Tegas NRECC lagi, dalam situasi yang kritikal, sekatan penggunaan sekatan ke atas penggunaan air tidak penting mungkin dikenakan jika diperlukan, seperti penyiraman rumput dan taman. Keperluan ini disediakan di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air di mana Menteri boleh memberi sekatan penggunaan air semasa kecemasan.
Bukan itu sahaja, menurut NRECC dalam kenyataan sama, operator air akan selalu membuat pengumuman kepada orang ramai untuk memaklumkan tentang status bekalan air semasa dan bersedia untuk meminimumkan kesan kekurangan air semasa musim kemarau yang berpanjangan.
Justeru,NRECC sekali lagi menegaskan, orang ramai digalakkan untuk menjimatkan penggunaan air dalam kegunaan harian semasa cuaca kering.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) melaporkan, Malaysia dijangka mengalami cuaca panas berpanjangan sehingga Ogos susulan musim peralihan monsun.
Tamat