“Sanusi (atas) adalah menteri besar yang disenangi dan mudah didekati, walaupun terdapat kebimbangan mengenai larangan 4D (perjudian),” itu kata Timbalan Ketua PN Kedah M Marimuthu.

Menurutnya berdasarkan kajian terbaru ini populariti Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor dijangka membawa lebih ramai pengundi bukan muslim menyokong Perikatan Nasional (PN) di Kedah pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Marimuthu merujuk kepada keputusan kontroversi oleh menteri besar PAS itu mengenakan larangan terhadap operasi semua kedai perjudian di Kedah mulai 2022.

Walaubagaimanapun Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, tak habis-habis menyalahkan susuk tubuh Menteri Besar itu sekiranya berlaku masalah air.

“Masalah gangguan bekalan air bukan disebabkan perubahan cuaca yang mengakibatkan penurunan kuantiti sumber air, tetapi ia lebih disebabkan Menteri Besar.

“Menteri Besar perlu telus dan berterus terang dengan memberi gambaran tepat tentang apa yang berlaku di tapak LRA Bukit Selambau dan LRA Sungai Limau?

“Kenapa pembinaan atau tahap kerja bagi kedua-dua loji ini masih rendah dan perlahan? Kedua-dua loji ini amat penting dan memberi kesan langsung kepada pengguna air di daerah Kuala Muda,”

Namun begitu kerajaan negeri sebelum ditadbir Sasusi langsung tidak memberikan perhatian untuk kerja-kerja penambah-baikkan paip bekalan air.

Menurut bekas EXCO Bekalan Air Kedah, Datuk Suraya Yaakob berkata, projek naik taraf dan bina loji rawatan air semasa pentadbiran PH pada tahun 2018 lalu.

“Projek Loji Rawatan Air, ( LRA) sepatutnya telah kita ‘hand over’ pada tahun ini namun disebabkan birokrasi kerajaan PH yang mengambil alih pada 2018 menyebabkan kelewatan dan masalah air terpaksa ditanggung oleh rakyat sehingga hari ini.

“Ini perlu diambil tahu oleh ADUN pembangkang PH yang bercakap mengenai kenapa projek lambat.

“Sedangkan ketika itu ADUN PH yang menjadi kerajaan telahpun melewatkan projek serta membatalkan projek berkenaan,” katanya.

Tamat

Advertisement