“Dengan ini, saya ingin mengumumkan bahawa bantuan khas sebanyak RM15.75 juta diluluskan oleh perdana menteri merangkap Menteri Kewangan Anwar Ibrahim untuk 63 sekolah persendirian Cina di seluruh negara” itu kata kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Pastinya ramai terkejut dengan jumlah berkenaan kerana ianya dilihat terlalu banyak sedangkan Dhong Zhong hanyalah institusi persendirian yang jelas membawa imej negara China.

Keadaan ini menyebabkan institusi sekolah agama seakan dianaktirikan walaupun berada di negara sendiri dan menyokong dasar negara.

Menurut Setiausaha agung DAP itu berkata setiap sekolah akan menerima bantuan RM250,000, yang akan diberikan dua minggu selepas cuti hari raya puasa, dengan majlis penyerahan rasmi pada 5 Mei.

Kelulusan itu diberikan Anwar susulan permohonan bertulis daripada Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) pada 28 Feb lalu, tambah Loke.

Bantuan berkenaan bermula pada 2019, setahun selepas kali pertama Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan pusat.

Tamat

Advertisement