Hasrat Elon Mask untuk membawa manusia ke planet Marikh menjelang tahun 2026 masih lagi gagal selepas roket gergasi SpaceX yang dalam ujian pelancaran meletup selepas beberapa minit ia dilancarkan pada Khamis lalu.

Menerusi laporan satu portal berita roket berkenaan telah terhempas di Teluk Mexico.

SpaceX berkata, “Starship mengalami pembukaan tidak berjadual yang cepat sebelum peringkat pemisahan.”

Sepatutnya selepas berpisah, kapal angkasa itu sepatutnya terus ke timur dan cuba mengelilingi dunia,tetapi ia terhempas di Pasifik berhampiran Hawaii.

Orang ramai menyaksikan pelepasan kapal angkasa itu di Pulau Padre Selatan, beberapa batu jauhnya dari tapak pelancaran Pantai Boca Chica.

Elon Musk meletakkan sasaran untuk melancarkan roket Starship, yang sepanjang 120 meter itu, dalam satu pengembaraan mengelilingi bumi. Ia dilancarkan dari Texas, Amerika Syarikat yang bersempadan dengan Mexico.

Roket berkenaan bagaimanapun tidak membawa sebarang individu mahupun peralatan satelit.

Tamat