“Langit dan mega luas terbentang, kadangnya cerah yang gelap menanti teruskan berjasa pimpinan mendatang, yang patah tumbuh yang hilang berganti,” itu kata penuh bermakna daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara wajib bermula hari ini.
Pastinya hari ini dikira paling gemilang buat beliau apabila ‘dipulang’ ke pangkuan keluarga selepas 35 tahun berkhidmat mencurah bakti kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dr Noor Hisham melalui ciapannya di Twitter, menzahirkan persaraannya menerusi beberapa rangkap pantun.
“Kapal layar kemudi cermat, bijak nakhoda melawan gelora; 35 tahun setia berkhidmat, tiba detiknya waktu bersara.
Tidak dinafikan beliau merupakan panglima negara sentiasa dilihat ‘cool’ dalam usaha mengatasi pendamik COVID 19 pada empat tahu lalu di bawah pemerintahan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rakyat seakan menantikan wajah beliau setiap hari untuk sebarang informasi sewaktu siaran akhbar pada waktu petang sehingga menerima anugerah pencapaian terbaik pasukan kesihatan di bawah pimpinannya dalam memerangi penularan virus itu.
Tamat