Pastinya kehilangan penyanyi kumpulan rock lagenda meninggalkan kesan mendalam buat peminatnya apabila Mael XPDC dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar semalam.
Perkara ini dikongsikan oleh pengurus mereka, Yazid menerusi Facebooknya.
“Innalillahwainnailahirrajiun. Al-Fatihah penyanyi XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar jam 9 malam ini,” tulisnya.
Difahamkan punca kematian belum dapat dipastikan.
Sementara itu, salah seorang anggota kumpulan itu Zua ketika dihubungi pula memberitahu dia belum mendapat maklumat lanjut berhubung punca kematian.
Dia dijangka bertolak ke Muar selepas subuh nanti.
Tamat