Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan pimpinannya tanpa berselindung menyatakan sekongan penuh kepada Proklamasi Orang Melayu selepas mengadakan pertemuan dengan pengasas proklamasi itu, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Namun begitu ada pihak dilihat kurang senang dengan penyatuan orang Melayu sehinggakan dengan menyatakan ianya bersifat rasis.

Namun begitu Hadi Awang menyifatkan sokongan yang diberikannya sebagai kembali kepada prinsip asal perjuangan Islam.

“Ini kita balik kepada prinsip asal perjuangan Islam itu sendiri, kalau kita baca al-Quran kita dapati Rasul memulakan perjuangan Islam walaupun untuk seluruh manusia – tonggaknya pada bangsa dan kaumnya.

“Kerana perjuangan memerlukan tonggak bangsa baru ada kekuatan, kalau tidak tidak ada kekuatan. Bukan kita fanatik kaum, tetapi itu asas,” tegas beliau.

Antara yang menyatakan sokongan dan menandatangani Proklamasi Orang Melayu ialah Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Datuk Seri Haji Takiyuddin Hassan Setiausaha Agung PAS dan Mohd Syahir Setiausaha Politik Presiden PAS.

Sementara itu diminta respons mengenai dakwaan bahawa proklamasi itu bersifat perkauman, Abdul Hadi menegaskan dakwaan adalah tidak benar.

“Saya rasa tak betul (perkauman), masa kita dah memerintah selepas merdeka dah berpuluh-puluh tahun tak pingirkan kaum lain. Kita terima hakikat yang ada itu, tetapi mesti menerima realiti Malaysia ini kaum asal dan majoriti orang Melayu, saya sokong,” katanya.

Tamat

Advertisement