Hari ini Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan media berkaitan sokongan terhadap presiden parti itu untuk menjadi Perdana Menteri.
Takiyuddin berkata, kenyataan media yang bertajuk ‘Sokongan Terhadap YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Ahli Parlimen Marang Sebagai Perdana Menteri Malaysia’ adalah palsu dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak.
“Kenyataan media yang sedang tular masa ini adalah palsu dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak disebutkan,” katanya menerusi Facebook.
Makin lama, dilihat pihak sebelah makin hilang taring dan bisa sehingga sanggup menggunakan berita palsu, demi untuk mendapatkan sokongan.
Tapi zaman dah berubah, pengundi juga berubah, corak pemikiran juga berubah, namun taktikal mereka masih dilihat sama, anak muda telah menterjemahkan minda mereka, selamat tinggal untuk fitnah dan berita palsu.
Tamat