Ketua Penerangan UMNO Kedah Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menggesa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor supaya memberikan alternatif untuk atasi masalah air secara jangka pendek.

Sedangkan dia sendiri lupa sewaktu pemerintahan UMNO di negeri Kedah dahulu masalah air sentiasa timbul tanpa ada sebarang penambahbaikan sehinggakan PAS mengambil alih kerajaan negeri bagi menyegerakan pemasangan paip baharu untuk rakyat.

Gesaan Saiful Hazizy seumpama menuding jadi ke diri sendiri kerana rakyat Kedah kini semakin bijak menilai langkah yang diambil kerajaan negeri ini adalah untuk kebaikan semua.

Menurut Saiful, Sanusi perlu mengemukakan laporan garis masa penuh penyiapan kesemua projek loji rawatan air (LRA) di negeri itu bagi membuktikan ia berada dalam perkembangan baik dan mengikut jadual.

“UMNO Kedah cabar Menteri Besar untuk bawa media ke setiap tapak LRA berserta taklimat penuh pembangunan LRA daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Syarikat Air Darul Aman (SADA), serta kemukakan rasional menganugerahkan dua projek LRA dan Non-Revenue Water (NRW) kepada sebuah syarikat yang sama,” katanya semalam.

Advertisement