Pastinya selepas ini peminat filem KL gangster merindui gerak tangkas dan aksi ‘King’ ataupun Allahyarham Ridzuan Hashim 62 yang dilaporkan meninggalkan dunia di kediamannya, di Bandar Tun Razak, di sini.

Menurut sumber memaklumkan kepada media bahawa Allahyarham Ridzuan meninggal dunia secara mengejut ketika sedang bersarapan di rumahnya.

“Arwah meninggal sekitar jam 11 pagi hingga 12 tengah hari tadi di rumahnya di Bandar Tun Razak. Ketika itu, anaknya ada di rumah dan dia sedang bersarapan.

“Jadi, dia ‘keras’ dan jatuh dari kerusi, seterusnya anaknya bergegas membawanya ke hospital. Bila diperiksa, pihak hospital sahkan bahawa dia dah tak ada (meninggal),” katanya.

Melalui sumber keluar memaklumkan, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dusun Tua, Hulu Langat.

Advertisement