Zahid Hamidi mungkin lupa sebelum ini Kedah ditadbir oleh Barisan Nasional apabila dia Ahli Parlimen Bagan Datuk itu mendakwa kerajaan PN gagal menangani masalah bekalan air.
Berdasarkan rekod sejak 50 tahun lalu bermula sejak merdeka sehingga tahun 2008, kerajaan BN gagal menyelesaikan masalah bekalan air di negeri itu.
Menurut Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Ahmad Yahaya berkata, apa yang berlaku sekarang kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini memperbarui keperluan air untuk rakyat.
Menurut beliau projek menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) dan penggantian paip rosak tertangguh ketika Kedah di bawah BN dan PH.
“Bagaimanapun kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor sudah berusaha untuk menyelesaikan masalah itu.
“Sekarang projek menaik taraf lima LRA berjalan dengan baik dan mengikut perancangan ditetapkan,” katanya baru-baru ini.
Ahmad yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, pemimpin terbabit sepatutnya perlu merasa bertanggungjawab di atas kelemahan pentadbiran BN di Kedah sebelum ini.
Menurutnya kenyataan pemimpin terbabit bukan sahaja cuba menutup masalah berpunca daripada mereka sebelum ini, bahkan tidak faham konsep fedaralisme.
Tidak sekadar itu, kenyataan Zahid Hamidi itu dilihat seperti mahu menekan rakyat negeri Kedah supaya memilih mereka dalam PRN nanti.
“Kerajaan persekutuan sewajarnya bertanggungjawab membantu negeri menangani masalah bekalan air dan bukannya menyisih kerana perbezaan ideologi politik.
“Senang cakap kenapa hampa (PH) nak kalut benda yang orang tengah buat. Masa hampa jadi kerajaan pasai apa tak buat,” tegasnya.