Ketagihan dalam mengejar “Chicken Dinner’ dalam permainan video on-line Player Unknown’s Battlegrounds atau PUBG menjadi punca utama seorang wanita ditalak oleh suaminya selepas gagal menjalankan tanggugjawab sebagai seorang ibu kepada enam orang anak.

Menurut sumber daripada laman sosial twitter berkata, setiap hari hidup kakaknya dihabiskan untuk bermainan PUBG selain gemar membuat penstriman langsung bagi meraih ‘hadiah’ daripada pengikut serta penonton sehinggakan tidak mempedulikan keadaan rumah termasuklah keperluan suami dan anak-anak.

“Jadi dekat kakak aku sendiri sampai cerai-berai. Kakak aku itu dah ada enam anak, kahwin awal. Terjebak dengan PUBG masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), sejak itu dia terus gila game (permainan video).

“Bisnes hancur, kereta mewah pun digadai sebab fokus hanya pada game, memang betul-betul melalaikan sampai anak-anak dia pun mak ayah (ibu bapa) aku yang jaga sebab terlalu terabai.

“Bila orang tegur dia kata hanya content (bahan video), nak cari duit. Kalau buat live di TikTok selalu dapat ‘gift’. Suami tegur pun jadi gaduh, bergelut depan anak-anak sampai mereka trauma. Sekarang dah bercerai.

“Anak-anak mereka mak ayah aku yang jagakan sekarang. Cuma aku selalu doa kakak aku berubah dan sekarang macam kurang sikit game dia, dah ingat anak-anak, tak teruk macam dulu,” katanya.

Tamat

Advertisement