Dua lelaki rakyat Palestine dilaporkan menjadi mangsa kekejaman rejim laknatullah Israel di Baitulmaqdis selepas dibunuh secara kejam.
Menurut sumber kedua-dua lelaki berusia 22 tahun dan meninggal dunia akibat kesan tembakan di dada, leher dan perut.
“Dua syuhada, ditembak oleh penjajah (tentera Israel) tiba di hospital kerajaan di Thabet ,” kata Kementerian Kesihatan Palestin dalam satu kenyataan yang turut menjelaskan serangan berlaku di kem pelarian Nur Shams berhampiran bandar Tulkarem.
Menerusi kenyataan media antarabangsa, lelaki itu terbabit dalam perjuangan bersenjata menentang tentera Israel yang merampas tanah hak milik rakyat Palestine.
Israel melakukan serbuan hampir setiap malam ke kawasan perkampungan, pekan dan bandar Tebing Barat selama lebih setahun.
Kematian meningkat kepada 111 rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel sejak awal 2023.
Tamat