Sudah, apa dah jadi kini, dulu Malaysia menjadi hub lambakan warga Indonesia, Thailand sampai bergenerasi dan ada IC, selepas itu wujud campuran ala Bollywood bila datangnya pendatang India serta Bangla.

Tidak selesai dengan itu, wujud lagu Selamat Malam Rohingya, ratusan ribu pendatang haram warga itu menyusup masuk ke dalam negara sehingga bebas berniaga selepas berkahwin penduduk tempatan.

Kini muncul pula variasi baru genetik campuran Arab daripada Yaman selepas wujudnya restoran Nasi Mandy yang bertebaran dalam negara.

Terbaru melalui satu laporan media tempatan empat lelaki Yaman yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia di restoran nasi Arab di Bandar Amanjaya, di sini, kerana tidak mempunyai sebarang pas pekerjaan.

Paling biadap salah seorang daripada mereka minta pihak berkuasa melepasnya atas alasan bakal berkahwin dengan wanita tempatan. Nampaknya wanita tempatan hanya digunakan sebagai ‘alat’ bagi memudahkan mereka menjalankan perniagaan.

Dalam Op Selera bermula 9.30 malam itu, semua mereka yang berusia 20an ditahan kerana didapati tidak mempunyai dokumen serta pas yang sah dengan bekerja di restoran yang baru sebulan beroperasi.

Operasi selama dua jam itu diketuai Ketua Unit Aduan, Risikan dan Operasi Imigresen Kedah, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Mohamad Rizal Ramli hasil risikan dan juga maklumat diterima.

Pengarah Imigresen Kedah Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, semua yang ditahan akan disiasat mengikut Kesalahan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 (Penyalahgunaan Pas Lawatan Sosial) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Tiada Pas yang sah).

Tamat

Advertisement