“Tiada berbangkit isu curi air…kami membantu rakyat yang kecemasan memerlukan air. Air itu adalah air AKSB dan mendapat kebenaran pihak mereka,” itu kata Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.
Menurut beliau tindakan itu mendapat sokongan penuh rakyat di kawasannya setelah masalah air berlaku terutamanya sewaktu musim kering.
Selepas ini nyata prestasi Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming akan merudum selepas mengeluarkan kenyataan Siti Zailah akan dikenakan tindakan undang-undang kerana tidak bertanggungjawab dan tidak sesuai untuk dilakukan mana-mana individu yang juga secara tidak langsung mempertaruhkan aspek keselamatan.
Menurut Siti Zailah berkata Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dan sudah mendapat kebenaran syarikat terbabit.
Beliau memberitahu, kerja-kerja menyediakan bekalan air itu mendapat kerjasama daripada Balai Bomba Rantau Panjang bagi memenuhi keperluan rakyat dengan segeram
“Penggunaan pili bomba juga dengan kebenaran dan pengetahuan pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang. Malah pihak bomba banyak membantu kami menghantar bantuan air ke premis seperti surau dan sekolah yang kecemasan memerlukan air.
“Jutaan terima kasih diucapkan atas kerjasama agensi kerajaan terbabit dalam membantu rakyat,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.
Tamat