Nasib rakyat sendiri pun dilihat tak terbela, inikan pula nak mencari masalah dengan kononnya mahu ambil berat masalah pendatang haram Rohingya yang kini semakin melampau.

Takkan sampai Malaysia mahu dijadikan hub serantau untuk Rohingya sedangkan UNHCR telah sediakan kawasan buat mereka di Cox Baazar, Bangladesh.

Rakyat dah penat, apabila mendapat berita Zahid Hamidi berhasrat memperkukuh peranannya dalam menguruskan pelarian dan pencari suaka.

Menurutnya ia akan dilakukan dengan menubuhkan jawatankuasa dan pasukan petugas, melibatkan agensi kerajaan untuk menentukan status pelarian, memperkemas penguatkuasaan undang-undang ke atas pelarian dan pencari suaka, dan menyediakan sokongan sosial kepada pelarian yang berdaftar dengan kerajaan.

“Perincian mengenai pelaksanaan penambahbaikan ini akan dimaklumkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa.

“Peranan dan penglibatan entiti kerajaan, UNHCR dan NGO di dalam negara dan luar negara perlu diselaras dan diperkemas dalam isu membabitkan pengurusan pelarian dan pemohon suaka ini.

“Penekanan akan diberikan terhadap mekanisme pengurusan dan penguatkuasaan yang efisien, dasar-dasar membabitkan kebajikan dan sosial di samping menjamin keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya.

Untuk rekod sehingga kini terdapat 185,760 pelarian merupakan pemegang kad UNHCR berdaftar di Malaysia.

Daripada angka ini, 83 peratus (160332) adalah dari Myanmar, dengan 107433 adalah Rohingya.

Tamat