Hanya disebabkan batang tubuh seseorang Anwar Ibrahim dilihat sukar melaksanakan sebarang reformasi penuh dalam pentadbirannya kerana kewujudan timbalannya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Khairy Jamaluddin berkata Anwar kini terikat dengan kerajaan perpaduan yang dibina bersama Barisan Nasional (BN) kerana tidak mendapat mandat yang jelas pada pilihan raya umum yang lalu.

“Maknanya dia tak perlu ada Zahid Hamidi, kerajaan perpaduan. Anwar tidak ada mandat yang 100%, ia bukan mandat dia.

“Dalam keadaan sekarang Anwar tidak ada outright mandate, malah dia tak ada kemenangan yang jelas pun. Jadi dalam keadaan dia terpaksa kerajaan diuji…terpaksa usung benda ini…

“Zahid Hamidi semua ini, dia tak dapat fleksibiliti mandat yang jelas itu. Kalau dia dapat mandat yang jelas, bro tidak boleh menahan diri sebab hari pertama dah berlaku (reformasi).

“Tapi sebab dia terpaksa bawa benda ini…Zahid ini…Ponorogo. Dia tak boleh buat. Macam mana dia nak buat reformasi? Kena lantik GLC, nak cakap pasal tata kelola tapi bila pandang kanan Zahid ada di situ.

“Susahlah bro…Ini kebenarannya,” katanya pada program Keluar Sekejap yang disiarkan di Youtube.

Walaubagaimanapun Khairy sempat mempertahankan Anwar sambil mengatakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu masih baru dalam pentadbirannya untuk menunaikan semua agenda reformasinya.

Sebelum itu, bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Hamdan berkata beliau tidak melihat sebarang agenda pembangunan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar itu.

“Saya ada bagi skor prestasi A- waktu itu tapi sekarang selepas lima bulan hampir enam bulan, saya terpaksa mengatakan mungkin sudah tiba masa utk kerajaan menunjukkan perincian agenda pembangunan mereka. Kalau agenda reformasi ini maaf saya kata saya tidak melihat urgency, perincian.

“Tapi sekarang (Anwar) sudah lima bulan, saya tak pasti adakah terlalu awal untuk kita tahu agenda yang jelas?,” katanya.

Menurut Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau, kebanyakan reformasi dicadangkan itu memerlukan masa.

“Ya masih terlalu awal, tak sampai enam bulan lagi dan banyak reformasi yang dicadangkan itu memerlukan masa. Penggubalan undang-undang baharu, libat urus dengan pemegang taruh…

“Saya rasa PMX jelas bahawa beliau komited, istiqamah dengan reformasi kerajaan dengan tata kelola yang nak dibawa dan hanya memerlukan sedikit lagi masa. Itu alasan standard. Itu yang pertama,” katanya.

Sebelum ini pertubuhan hak asasi manusia, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) menggesa supaya kerajaan campuran menunaikan janji reformasi yang diwar-warkan selama ini.

SUARAM menuntut supaya Anwar membuat pembaharuan sistem yang diperjuangkan selama ini dan jika gagal melaksanakannya, beliau akan dilihat sebagai perdana menteri paling teruk.

Tamat

Advertisement