Baru saja sampai Malaysia dah mula tunjuk sifat biadap ! Seorang lelaki dipercayai warga Singapura dilihat sengaja kencing di Tempat wuduk Kompleks Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Johor Bahru.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, pihaknya menerima laporan berhubung perbuatan tidak senonoh itu pada sekitar jam 4.36 petang.

“Pihak polis telah membuat tangkapan terhadap seorang lelaki warga asing berusia 69 tahun itu. Hasil siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan saringan air kencing didapati negatif,” ujarnya memetik kepada sebuah kenyataan.

Susulan itu, beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan perbuatan yang boleh menimbulkan suasana tidak baik dan mengganggu ketenteraman awam.

Semalam, tular sebuah video yang dimuat naik di laman Facebook Team Cougar Bsi memaparkan seorang lelaki sedang membuang air kecil di ruangan mengambil wuduk di mana lelaki berkenaan turut ditegur atas perbuatan tidak bermoralnya itu.

Menelusuri ke ruangan komen, rata-ratanya menyatakan kemarahan atas perbuatan tersebut.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi turut memberi komen kepada hantaran tersebut dengan menyatakan bahawa pelaku sudahpun ditahan pada petang semalam di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Tamat