“Hari ini tak ambil gaji dan sebagainya tapi ‘still maintain wonderful life’, jadi saya fikir memang patutlah. Rakyat juga nak tahu dari mana datang duit, siapa sponsor (penaja) helikopter, siapa penaja billboard gergasi dan sebagainya semua nak tahu,” itu cabaran Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kepada Anwar Ibrahim.
Menurut Anwar Ibrahim perlu menyahut saranan Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengisytihar kesemua hartanya.
Adalah tidak adil untuk meminta orang lain mengisytiharkannya tetapi Anwar sendiri enggan berbuat demikian.
Menurutnya, rakyat sudah pasti mahu mengetahui kekayaan dimiliki Ahli Parlimen Tambun itu ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri sebelum ini.
“Jadi saya amat bersetuju bahawa jangan kita sentiasa menuding jari kepada satu-satu pihak tetapi diri sendiri tak berani nak menunjukkan bagaimana beliau mampu hidup berpolitik dengan begitu mewah sepanjang berapa lama di luar kerajaan.
Tamat