13 rakyat Palestine di Semenjung Gaza syahid selepas maut dalam satu serangan yang sengaja dilancarkan oleh rejim pengganas Israel.
Serangan berkenaan turut melibatkan puluhan wanita dan kanak-kanak cedera dalam misi Israel laknatullah bagi membunuh semua rakyat Palestine secara beramai-ramai untuk merampas semua tanah-tanah penduduk.
Seorang wartawan AFP melaporkan melihat bahagian atas sebuah bangunan terbakar selepas serangan itu dan ambulans membawa keluar mangsa yang cedera.
Sementara itu, sumber Jihad Islam memaklumkan, antara yang terbunuh adalah tiga komander kanan kumpulan itu, termasuk Setiausaha Majlis Tentera Briged Al-Quds, Jihad Ghammam dan isterinya.
Selain itu, anggota Majlis Tentera Briged Al-Quds Khalil al-Bahtini, yang mentadbir sayap tentera wilayah utara Gaza dan ketua pasukan tentera, Tareq Ezzedine, turut terbunuh dalam serangan terbabit.
Operasi serangan udara tentera Israel itu dilancarkan kurang seminggu selepas Jihad Islam mengumumkan gencatan senjata di sekitar Gaza, yang dicapai dengan bantuan Mesir, menyusuli beberapa keganasan paling berdarah sejak kebelakangan ini.
Video memaparkan letupan kuat yang menggegarkan Gaza kini tersebar di medisosial, menunjukkan kebakaran di beberapa bangunan dan kepulan asap di ruang udara Bandar Gaza.
Serangan udara itu adalah keganasan terbaru dalam konflik lebih setahun yang menyaksikan peningkatan keganasan tentera Israel peneroka haram warga Israel di Tebing Barat yang diduduki.
Ketegangan itu turut menyaksikan serangan balas penduduk Palestin menyasarkan warga Israel, menyebabkan sekurang-kurangnya 19 warga Israel dan lebih 90 warga Palestin maut sejak Januari lalu.
Tamat