“Nak jadi menteri (atau) pemimpin, politik kena tinggal sat (sekejap)…(kalau) bawa politik parti nak tibai orang masuk dalam kerajaan, tak boleh! hang kena bersih daripada pemikiran nak bedai orang kerana faktor politik sebab hang sedang melaksanakan tanggungjawab seorang menteri,” itu amaran dalam nada sinis daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurut sebagai seorang pemimpin Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai seorang menteri, politik perlu diketepikan seketika apabila melakukan tugas, apa tah lagi menggunakan jawatan untuk memburukkan pemimpin negeri.

Ia berikutan kenyataan Fadhilah kononnya Kedah adalah negeri yang mempunyai lokasi perlombongan haram terbanyak di negara ini sekali gus membina persepsi buruk terhadap kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS.

“Ini disengajakan oleh kementerian, cuma digunakan TPM. Saya tahu TPM baik. Dalam mesyuarat itu saya bangkitkan mengenai 60 tapak lombong haram bagi memberi gambaran di seluruh negara dan bukan di Kedah saja kerana di negeri ini, cuma ada satu tapak lombong haram, itu pun sudah ditutup.

“Menteri Sumber Asli ada dalam mesyuarat…lepas itu dia pun bangkit daripada kerusi dengan timbalan menteri dengan pegawai bincang di hujung sana, saya perhatikan apa yang berlaku dalam mesyuarat.

“Di hujung sidang media, TPM sebut lombong haram banyak di Kedah, aik…lepas itu sandar kat saya, kata saya mengaku, saya pun hairan juga kenapa ‘spin’ begitu,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, semalam.

Menurut Sanusi dimaklumkan oleh agensi penguatkuasa terdapat 60 lombong haram di seluruh negara dan salah satunya di Kedah.

“Saya tidak pernah sebut banyak lombong haram di Kedah, hanya satu sahaja dan sudah didakwa,”

“Benda dalam mesyuarat mana boleh bawa keluar, tapi bila mereka yang bawa keluar dan serang saya, saya perlu menjawab membetulkan maklumat yang salah,” katanya.

“Jangan sampai ada peluang sikit ‘bedai’..sudah lah bedai, bedai pulak tak kena orang, bidas balik cek oii…Bila bidas balik orang akan kata orang hat bidas tu jahat… Hangpa buat tak betul, saya kena perbetul sebab yang (fakta) ini hangpa salah,” katanya.

Sanusi pada masa sama menyatakan jika pihak kementerian salah maka perlulah meminta maaf.

“Sama ada mereka nak minta maaf atau tidak, terpulanglah. Tetapi ‘depa’ ni tahukah nak minta maaf.

“Saya rasa mereka tak reti (minta maaf) tapi buatlah kerja bagi betul. Jangan ‘tibai’ orang dengan buat kerja tak ketahuan hala,” katanya.

Tambah Sanusi, lombong haram itu berpunca kerana tidak ada Prosedur Operasi Standard (SOP) daripada kementerian berkaitan untuk aktiviti perlombongan.

Muhammad Sanusi turut mencadangkan agar kementerian perlu segera menyediakan SOP supaya perlombongan boleh diproses secara sah.

Katanya, apabila kementerian tidak menyokong dan meluluskan aktiviti perlombongan dalam hutan simpan kekal, agensi-agensi tidak boleh memberi maklum balas kerana terikat dengan dasar kementerian.

“Dasar tidak menyokong itu perlu dicabut keluar kerana agensi berkaitan di bawah kementerian adalah agensi teknikal yang perlu memberi respon kepada setiap permohonan untuk melombong,” jelas Sanusi.

Tamat

Advertisement