PUNCAK ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli bersedia menyokong Perikatan Nsional (PN) sekiranya tidak mempertahankan kerusi dimenanginya bagi memastikan undi kaum Melayu tidak berpecah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.Katanya, undi kaum Melayu sangat penting bagi menentukan parti yang menjadi pilihan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram.”Saya tidak teragak-agak menyokong PN walaupun mereka tidak menerima saya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Raya Aidilfitri DUN Jeram di Bandar Puncak Alam, di sini pada Isnin.Beliau yang juga Penyelaras Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Parlimen Kuala Selangor berkata, pengundi dijangka memilih parti yang lebih dominan dan bukan individu.”Kita sedia maklum Pejuang tidak begitu kuat dan tidak nampak penerimaan orang ramai untuk parti Pejuang.”Walaupun Pejuang terdiri daripada pemimpin tak ada kes rasuah, mahkamah dan salah guna kuasa sebagainya tetapi rakyat masih memilih parti,” jelas beliau.Bagaimanapun, Mohd Shaid menjelaskan beliau juga bersedia jika dicalonkan semula mewakili Pejuang dan bertanding atas logo PN sekiranya ada kerjasama antara kedua-dua parti.”Jika Tun M (Tun Dr Mahathir Mohamad) minta saya bertanding dalam satu logo gabungan parti Melayu, saya sedia bertanding ikut nasihat.”Saya yakin dan percaya antara logo parti Melayu yang diterima rakyat adalah PN,” jelas beliau.Ditanya kemungkinan beliau kembali kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Mohd Shaid menegaskan, beliau tidak menyertai mana-mana parti dalam PN dan akan terus bersama Pejuang.”Saya sudah ada parti dan tidak ada sebab untuk saya kembali kepada Bersatu atau pun Pas,” katanya.Mengulas mengenai keputusan PN menolak permohonan Pejuang menyertai gabungan itu, beliau berkata, setakat ini Pejuang masih tidak menerima surat penolakan tersebut.Ujarnya lagi, Pejuang yang mengadakan mesyuarat di peringkat majlis tertinggi parti juga sering membincangkan penyertaan dalam PN.”Penolakan penyertaan Pejuang (dalam PN) hanya dikhabarkan melalui media tetapi kami tidak terima surat rasmi daripada PN.”Kita hendak tahu surat (penolakan) itu dan jangan hanya mereka maklum pada media sahaja,” tambahnya.
http://dlvr.it/Sp9XmB