“Mid Valley City akan ditutup sehingga diberitahu kelak. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan ingin menegaskan bahawa keselamatan pembeli dan tetamu tetap menjadi keutamaan kami,” itu kenyataan ringkas daripada pihak pemgurusan kompleks beli belah utama Di Kuala Lumpur selepas berlaku insiden kebakaran sekitar jam 11.30 pagi tadi.
Menerusi kenyataan pihak pengurusan Mid Valley City di akaun Facebooknya, pihaknya mengesahkan tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden kebakaran itu setakat pukul 11.38 pagi.
“Pihak pengurusan Mid Valley City ingin mengesahkan bahawa satu kejadian berlaku di premis kami awal pagi tadi.
“Kebakaran berlaku di sebuah pencawang luar sebelum api dikawal oleh Pasukan Tindakan Kecemasan. Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia tiba di tempat kejadian pada pukul 10.42 pagi.
“Anggota Bomba masih di tempat kejadian menjalankan semua siasatan yang diperlukan dan mengawal premis daripada sebarang gangguan operasi pusat membeli-belah,” katanya.
Mid Valley akan ditutup sementara sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.
Tamat