Bala apa pula sekarang ini, tiba-tiba ramai pula rakyat Malaysia yang menggigil ketakutan selepas sitkom animasi ‘The Simpson’ menyiarkan ramalan gelombang air pasang besar landa Kuala Lumpur, 120 orang terbunuh.

Dah la kartun animasi bodoh yang percaya itu dah kenapa, itu yang bala besarnya sebab percaya ramalan tanpa kajian tak ke takut rosak akidah.

Seperti yang diketahui ramai siri kartun popular The Simpsons sering mencuri tumpuan dengan ramalan tentang beberapa kejadian di seluruh dunia yang akhir menjadi kenyataan.

Salah satu episod yang disiarkan pada tahun 2000 turut meramalkan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) dan ia benar-benar berlaku pada tahun 2017.

Menurut animasi berkenaan The Simpsons meramalkan gelombang air pasang besar membadai Kuala Lumpur, sehingga menyebabkan 120 orang terbunuh.

“Berita tragik malam ini, 120 orang mati dalam gelombang pasang di Kuala Lala… Peer… Kualala… Oar… Ya saya tahu siaran dah mula. Tapi saya tak peduli.

“Saya tak baca berita itu sehingga saya dapat roti Danish saya. Pergilah cuba cari pengganti,” kata watak pembaca berita lelaki itu.

Kemudiannya muncul satu lagi watak yang memakai kostum lebah mengambil alih tempat lelaki tersebut dan terus membaca skrip berita berkenaan.

Video pendek yang dikongsi Joel Ravin sehingga kini meraih lebih 700,000 tontonan dan dihujani lebih 1,000 komen netizen.

Namun, sebilangan netizen meragui ramalan gelombang pasang surut itu kerana kedudukan Kuala Lumpur jauh jauh dari pantai dan laut.

“Rancanglah macam mana pun… kalau Allah kata tidak, semua tak akan berlaku.

“Tak semestinya tidal wave. Kemungkinan kemarau atau banjir. Tanda-tanda dah datang, banyakkan beramal.

“Tidal wave? Kat KL? Air pasang besar celah mana kat KL?

“KL tiada pantai. Takkan kat area Pantai Dalam?

“Tu bukan ramalan tapi mereka dah rancang,” tulis beberapa netizen.

Walaubagaimanapun Islam melarang umatnya untuk mempercayai apa juga ramalan kerana bertentangan dengan akidah.

Advertisement